Bagi rujukan para pelabur yang telah membuat pelaburan di Amanah Saham Bumiputera, berikut dikongsikan kadar dividen bonus ASB serta jumlah agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Amanah Saham Bumiputera merupakan sebuah dana amanah pelaburan khusus kendalian Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi kaum bumiputera Malaysia sahaja. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan platform simpanan serta pelaburan jangka panjang yang konsisten, menguntungkan dan memberikan pulangan yang baik untuk para pelabur.

Kadar

Dividen ASB & Bonus 2020 Jumlah Agihan Pendapatan Terkini

Lazimnya, pengumuman oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengenai kadar agihan pendapatan iaitu dividen dan bonus (sen/seunit) untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 akan dikeluarkan pada minggu terakhir Disember setiap tahun. Tarikh rasmi untuk tahun 2020 adalah pada 23 Disember 2020.

Selain itu, unit yang telah dilaburkan semula daripada dividen dan bonus tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada awal tahun berikutnya. Berikut dikongsikan tarikh pengumuman dan juga perincian lain mengenai kadar agihan bonus dan dividen Amanah Saham Bumiputera.

Tarikh Pengumuman

Tarikh : 23 Disember 2020

Kadar Dividen Bonus Amanah Saham Bumiputera 2020

Berikut dikongsikan kadar dividen dan bonus ASB bagi tahun 2020 dan juga catatan rekod dividen dan bonus bagi tahun 1990 sehingga tahun 2019.

Kadar Bonus dan Dividen ASB Tahun 2020 (sen/seunit)

TahunBonusDividenPulangan Efektif
20200.75 + 0.75 (untuk 30,000 unit pertama)3.504.25

width=599

Kadar Dividen Bonus Amanah Saham Bumiputera 2019

Berikut dikongsikan kadar dividen dan bonus ASB bagi tahun 2019 dan juga catatan rekod dividen dan bonus bagi tahun 1990 sehingga tahun 2018.

Kadar Bonus dan Dividen ASB Tahun 2019 (sen/seunit)

TahunBonusDividenPulangan Efektif
20190.505.005.50

Kadar

Rekod Kadar Bonus dan Dividen ASB Tahun 2019-1990 (sen/seunit)

TahunBonusDividen
20190.505.00
20180.506.50
20170.25
+ 1.00 (Bonus Khas Ulangtahun)
7.00
20160.506.75
20150.507.25
20141.007.50
20131.007.70
20121.157.75
20111.007.70
20101.257.50
20091.207.30
20081.757.00
20071.008.00
20061.257.30
20051.757.25
20042.007.25
20032.007.25
20022.007.00
20013.007.00
20002.009.75
19991.50
+2.0 (Bonus Istimewa)
8.50
19982.508.00
19971.2510.25
19963.00
+2.0 (Bonus Istimewa)
10.25
19953.010.0
19944.509.50
19934.509.00
19925.007.50
19914.008.50
19906.008.00

Penangguhan Urusniaga ASB/ ASN 2020

Untuk makluman semua, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) 2020 telah menangguhkan semua urusniaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) buat sementara waktu. Ianya bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Sumber.

width=624

Semoga perkongsian yang diberikan di sini dapat membantu para pelabur dalam mendapatkan informasi terkini. Diharapkan agar rakyat Malaysia yang belum membuat pelaburan di ASB juga mendapat manfaat dan menjadi pelabur yang bijak pada masa akan datang.

Say hello

Find us at the office

Chappa- Adamitis street no. 38, 81811 Tripoli, Libya

Give us a ring

Alda Runion
+69 213 130 910
Mon - Fri, 10:00-22:00

Say hello